Monday 20 May 2013

Saya Tidak Terkejut Dengan Sikap Anwar dan Kit Siang Menghasut Rakyat Kerana itu telah Dirancang - Tunku Aziz



Saya sedikit pun tidak terkejut dengan perbuatan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menghasut golongan muda supaya menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi jalanan kerana pembangkang sudah lama merancang konspirasi ini dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.

Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun yang lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjelajah seluruh negara dengan misi untuk terus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan kononnya terdapat penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Dia terus berbohong dengan mengaku dia ialah Perdana Menteri yang sah," katanya.

Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.

Malah katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.
"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong kepada rakyat bahawa Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.

Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.

"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya.

AirAsia Lebih Berminat Buat Parti Makyah Daripada Bantu Ibu Malang



Tragedi malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menunjukkan AirAsia hanya mementingkan keuntungan berbanding melaksana tanggungjawab sosial.

Wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek berkata, AirAsia juga dilihat lepas tangan dalam kejadian itu kerana bergantung sepenuhnya kepada prosedur syarikat tanpa menggunakan budi bicara.

Sambil melahirkan rasa kesal, Mazidul Akmal yang turut menyaksikan kejadian itu menambah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tidak sepatutnya membuat kenyataan melulu mempertahan kakitangannya tanpa mendapat penjelasan lanjut daripada mangsa.

Malah, beliau menempelak Tony yang seolah-olah berbangga menawarkan tiket penerbangan AirAsia percuma kepada Izan Suhaila serta saudaranya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan mangsa sebelum itu dibiarkan terkapai-kapai di Ho Chi Minh, Vietnam.

"Malah, ketika kejadian itu juga tidak ada seorang pun daripada kakitangan AirAsia membantu mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mazidul Akmal mengulas tragedi yang menimpa Izan Suhaila yang dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.

Tindakan tidak berperikemanusiaan AirAsia itu mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas kejadian tersebut disiarkan Mazidul Akmal menerusi blognya di http://www.mazidulakmal.com semalam.

Sementara itu, Mazidul Akmal mempersoal penjelasan Tony kononnya seorang kakitangan perubatan memeriksa keadaan Maryam Sofea kerana wanita yang dimaksudkan memakai pakaian seperti seorang jururawat.

Katanya, 'doktor' itu juga hanya membisu dan menghilangkan diri tanpa menjelaskan status kesihatan Maryam Sofea kepada ibu mangsa.

"Tony menyebut seorang doktor perubatan datang merawat bayi itu tetapi saya hairan adakah doktor di Vietnam berpakaian seperti jururawat?," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga kerana penumpang dalam pesawat AK 1455 sanggup menghulurkan wang kepada Izan Suhaila selepas mengetahui mengenai nasib malang ibu berkenaan sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya diambil AirAsia.


Untuk Cerita yang Lebih Menarik Klik Di sini

Sunday 19 May 2013

Tahniah Barisan Exco Baru Negeri Perak


Berikut adalah senarai penuh Exco Kerajaan Negeri Perak yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam

Datuk Saarani Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin - Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

Datuk Rusnah Kassim - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional

Datuk Shamsudin Abu Hassan - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil

Mohd. Nizar Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Koperasi

Nolee Ashilin Mohammed Radzi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

Dr. Muhammad Amin Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Datuk Shahrul Zaman Yahya - Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Komunikasi dan Multimedia


Semoga berkerja dengan penuh keikhlasan, bantu rakyat dikala rakyat perlukan pertolongan dan yang pentingnya jangan riak, takbur, jangan pentingkan diri dan yang paling penting lagi jaga hati penjawat awam dibawah potfolio yang dipegang.

Lim Guan Eng Tipu Polis dan KDN Hidup-Hidup, Anwar menghasut kaum Cina Dengan Bergaya di Padang Kota


Lim Guan Eng berjaya menipu pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri kononnya demonstrasi malam tadi adalah atas urusan rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi memperkenalkan pemimpin cina DAP.

Sebelum itu berbagai amaran keras daripada pihak polis terhadap rakyat Pulau Pinang supaya jangan hadir dalam demontrasi haram itu namun amaran yang biasa didengar sejak Anwar Ibrahim keluar dari penjara boleh diibaratkan sebagai 'lawak bodoh' oleh penyokong Pakatan Haram.

Malah mereka tahu amaran hanya sekadar amaran sahaja dan menteri KDN yang lepas pun terkenal dengan menteri amaran. Apa yang pasti satu tindakan pun pihak KDN tidak berani lakukan.

Atas senario itu puluhan ribu penyokong pakatan haram hadir di Padang Kota Lama, Pulau Pinang untuk mendengar hasutan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling rasis Lim Guan Eng, Lim Kit Siang cina yang pernah menghalau orang Melayu termasuk Anwar Ibrahim keluar daripada Malaysia dan Anwar Ibrahim bapak perpecahan umat Islam.

Difahamkan penyokong pakatan haram mula membanjiri Padang Kota seawal jam 7.00 malam dan menjelang jam 10.00 malam padang Kota sudah dipenuhi.

Ramai di khalayak ramai berpakaian hitam, merah, kuning dan hijau, sebagai tanda yang menyokong PR.

Pihak polis sebelum ini yang begitu garang memberi amaran  hanya melihat sahaja jumlah yang agak ramai yang tidak akan mampu diambil tindakan.


Apakah Umno boleh mengumpul penyokong sebanyak ini dalam masa yang singkat?

Apa pun nasi sudah menjadi bubur KDN tidak mampu lagi untuk mengambil sebarang tindakan dan mereka akan hanya melihat apa lagi yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan jika momentum ini berterusan sehingga PRU14........apakah akan terjadi kepada Umno?

Marilah kita sama-sama fikirkan dan pemimpin Umno yang menang jangan perasan Umno akan menang bergaya lagi pada PRU14, turunlah padang buatlah kerja dan yang paling penting jangan hasad dengki, dendam dan jangan melakukan sabotaj yang jijik terhadap sesama pemimpin Umno kerana perbuatan itu akan menjadikan pengundi atas pagar beralih arah mengundi Pakatan Rakyat.

Oleh: Pak Meon Bagan Ajam

Saturday 18 May 2013

Ustaz Kazim terpaksa bersara kerana di ugut akan dibunuh.


Di sebalik semangat berapi-api kononnya mahu memartabatkan Islam di negara ini, rupa-rupanya ada pihak yang cukup takut sekiranya, kebenaran diperkatakan dan kebatilan yang telah menjadi sebahagian daripada rukun hidup mereka didedahkan kepada umat Islam lain.

Untuk terus melindungi kebatilan dan keserakahan mereka, tanpa ragu-ragu mereka melakukan pelbagai perkara onar, termasuklah mengugut untuk membunuh dan mengancam nyawa dan keselamatan orang yang boleh menelanjangkan kejahatan dan perangai syaitan mereka.

Itulah yang berlaku kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias yang telah mengambil keputusan untuk berhenti berceramah bermula dari 28 November lepas apabila ancaman terhadap keluarga dan harta bendanya semakin menjadi-jadi. Dia juga kecewa kerana telah dilabelkan sebagai USTAZ POLITIK.


Bukan itu sahaja Ustaz Kazim pernah beberapa kali disantau sebegitu teruk sehingga kehilangan suara.

Siapa tidak kenal Ustaz Kazim yang berjaya membina sebuah pondok pengajian terkenal seperti Al-Barakah di Kampung Manjoi.

Ustaz Kazim merupakan salah seorang daripada penceramah yang paling diminati sehingga pernah suatu ketika ceramahnya di Youtube mendapat tempat pertama paling banyak penonton . Sememangnya ustaz Kazim juga agak 'glamour' yang memang ditunggu-tunggu ceramahnya. 

Programnya di sebuah stesen televisyen kabel seperti Astro Oasis, menjadi tarikan ramai walaupun ceramahnya dalam program berkenaan dibuat secara santai.

Berbanding dengan sesetengah ustaz atau penceramah glamour yang sangat BERPIHAK KEPADA PARTI POLITIK PAS seperti Ustaz Azhar Idrus, Kazim Elias yang telah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu kerana berjaya membuktikan kebatilan dan rancangan jahat Dewan Ulama PAS Perak, amat dibenci oleh para pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Jika penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus atau lebih terkenal dengan nama glamour Ustaz McDee mendapat pujian beribu-ribu turun untuk mendengar ceramahnya kerana beliau pro-pembangkang. Walaupun sebutannya banyak yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi demi menyokong pembangkang mereka akan turun beramai-ramai sambil memberi pujian.

Ustaz Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Bahkan Ustaz Mcdee itu disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour, beliau tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah.

Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim!

Cina Perlu Pilih Antara Malaysia 1st atau Chinese 1st



Kaum Cina Malaysia sebelum ini begitu galak menghentam sesiapa sahaja yang mempertahan hak Melayu atau yang mempersoal kesetiaan mereka kepada negara.   

Tidak perlu pun menghina kaum Cina, tetapi sekadar memetik sejarah dengan mengingatkan mereka bahawa mereka adalah kaum pendatang juga, pasti akan menerima padahnya.   Mereka tidak akan berhenti menyalak selagi yang terlibat tidak diambil tindakan.   

Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan.  Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam.  

Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu.  Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati dan pemikiran kaum itu.   

Kononnya, mereka adalah kaum yang ditindas oleh UMNO dan Perkasa pula ingin meningkatkan penindasan tersebut.  Kononnya kesemua kaum di Malaysia sukar untuk bersatu selagi kedua-dua organisasi ini yang menghalangnya.   Malah mereka sering menyeru untuk kedua-dua organisasi ini mendahulukan ëMalaysiaí sebelum ëbangsaí (Malaysia 1st, Malay 2nd).   

Hakikatnya, itulah yang UMNO dan Perkasa mahukan iaitu agar semua kaum mendahulukan Malaysia sebelum bangsa.  Kerana itu juga kita mendesak kepada sistem satu sekolah untuk semua.  Kerana itu juga kita inginkan semua kaum memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memudahkan pergaulan tetapi juga untuk menjulang erti Malaysia 1st seperti yang dilaungkan kaum Cina.  

Tetapi, yang menolak segala usaha ke arah ëMalaysia 1stí ini sebenarnya adalah kaum Cina sendiri.  

Sudah terlalu banyak kali kita menyaksikan bagaimana kesetiaan mereka terhadap negara ini tidak asli.   Lihat sahaja bagaimana Namewee menghina negara ini dan tiada seorang pun dari kaum Cina yang mengecam perbuatannya.   

Lihat sahaja siapa yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan BANGGA!?    Malah, akbhar Utusan Malaysia hari ini juga telah mengulas tentang bagaimana kaum Cina yang sering memalukan Malaysia di luar negara.  

Bukan kita tidak tahu begitu ramai kaum Cina yang keluar negara untuk belajar atau berhijrah gemar sekali memburuk-burukkan Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah.  Tiada sedikit pun rasa sayangnya kepada negara ini seolah-olah hidup mereka di sini tersangat susah, seolah-olah Malaysia begitu buruk, hodoh lagi busuk.  

Sedangkan hakikatnya, di negara inilah mereka menikmati kemewahan malah diberi tempat di dalam kerajaan yang mana hampir mustahil bagi minoriti di negara lain.   Malah, hanya di negara ini mereka dapat menubuhkan sekolah berasingan untuk bangsa mereka dengan diiktiraf dan dibantu kerajaan.   

Hanya di negara ini mereka dibenarkan mencetak akhbar dalam bahasa ibunda yang giat menghasut dan memburukkan kerajaan.   Hanya di negara ini, hari perayaan agama dan adat mereka diiktiraf sebagai cuti umum.   

Namun, semua ini langsung tidak dihargai oleh mereka.  Apabila BERSIH berdemonstrasi di sini, mereka yang berada di luar negara turut sama memakai baju kuning mengangkat sepanduk, bangga memfitnah negara sendiri.  

Lihat saja apa yang terjadi kepada kaum Cina Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terlalu ghairah membenci negara sendiri konon kejam dan terkongkong, mereka lupa bahawa negara yang mereka puja-puja sebagai sempurna itu adalah jauh lebih mengongkong lagi.  

Akibatnya, mereka ditahan dan diambil tindakan tanpa bercakap banyak oleh pihak berkuasa negara itu sedang rakan-rakan mereka di Malaysia masih terus bebas berhimpun mencabar kerajaan di sana sini.  

Oleh itu, pesan kita kepada kaum Cina hanya satu iaitu jika ingin terus membuat kerosakan, sekurang-kurangnya janganlah hipokrit.  Usahlah berpura-pura setia kepada negara kerana semua orang tahu bahawa anda membenci negara ini.  

Usah berpura-pura melaungkan ketelusan kerana parti DAP sendiri adalah bapa kepada segala ketidaktelusan sehinggakan ahli sendiri pun ditipunya secara terbuka dengan memanipulasi pemilihan CEC.

Usah berpura-pura kononnya ditindas kerana satu dunia tahu bahawa ekonomi negara ini dikuasai Cina.  

Usah berpura-pura dengan melaung dan berhimpun konon tiada kebebasan bersuara sedangkan laungan dan himpunan itu sendiri telah menyatakan sebaliknya.    

Usah berpura-pura inginkan perpaduan kerana perjuangan mempertahankan Sekolah Vernakular dengan sendirinya membuktikan bahawa kaum Cina tidak inginkan perpaduan.  

Usah berpura-pura inginkan keadilan kerana perjuangan ke arah kesamarataan itu sebenarnya adalah helah untuk menelan kaum lain.   Jika benar inginkan kesamarataan, maka kaum Cina perlu terlebih dahulu membahagi-bahagikan 80% bahagian mereka dalam kek ekonomi negara kepada kaum-kaum lain.  

Justeru, pendek kata, usah berpura-pura lagi dan berdirilah atas perjuangan yang sebenar iaitu kaum Cina hanya pentingkan diri.   Berkata benarlah bahawa apa yang kaum Cina perjuangkan hari ini hanyalah satu iaitu;  untuk meletakkan kaum mereka di tempat paling utama atau Chinese 1st, Malaysia last.    

Hakikat ini sudah jelas dan yang pasti kaum Cina sendiri sudah tidak dapat menafikannya.  Justeru, kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar menerima hakikat ini dan menanganinya sebaik mungkin agar negara tidak hancur gara-gara ketamakan kaum Cina.   

Friday 17 May 2013

"Saya Akan Tangkap Anwar Ibrahim Dalam Masa Terdekat Tunggu" - Zahid Hamidi



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua, tiada lagi sebarang amaran atau kompromi dengan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang giat menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiada lagi sebarang amaran dan saya akan tangkap hidu-hidup Ketua Pembangkang dan kuncu-kuncunya yang secara terang berani menghasut rakyat dan tunggu tindakan saya, Zahid Hamidi.

Isnin lalu, Anwar Ibrahim, R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.
"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Rakyat akan tunggu tindakan tegas KDN yang selama ini boleh diibaratkan seperti tidur lena.