Wednesday, 15 May 2013
Kata DS Najib Kabinet Mantap dan Berimbang, Apa kata Anda sebagai Pengundi
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan Jemaah Menteri yang diumumnya adalah sebuah Kabinet yang berimbang menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda.
Tetapi ramai para pemerhati politik berkata Kabinet yang terbaru adalag kabinet 'Recyle' apabila berjaya menampilkan muka-muka baru yang lama seperti Idris Jusoh, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Hishamuddin Tun Hussein, Ahmad Husni, Ismail Sabri, Sabri Chek, Idris Jala, Ahmad Bashah, Hamzah Zainuddin, Tajuddin Abdul Rahman dan Khairy Jamaluddin.
Yang agak menarik pemimpin Hindraf iaitu P. Waythamoorthy yang pernah mencaci dan menghina Malaysia di luar Negara juga dilantik sebagai Tim. Menteri. di Jabatan Perdana Menteri.
Hampir kesemua pengendali war room BN/UMNO dilantik menjadi anggota kabinet Dato' Sri Najib kecuali Kong Cho Har yang tewas dalam PRU13 baru-baru ini.
Menurut Perdana Menteri Kabinet baharu ini mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Yang paling menyeronokkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri).
Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan terhadap barisan kabinet ini tetapi yang nyata Dato' Sri Mohd Najib telah membuat apa yang sepatutnya.
Apa pun tahniah kepada semua pemimpin yang baru dilantik ke dalam kabinet mantap dan berimbang Perdana Menteri
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment